Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.[7] Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).[8][9]Jambatan Angkat Kuala Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.[10]

Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Tinggi 12.5 meter dari aras laut[3]
Panjang keseluruhan 638 meter
Lebar 23 meter[2]
Penyelenggara TI Properties Sdn Bhd[1]
Koordinat 5°20′23″N 103°08′41″E / 5.33977°N 103.14483°E / 5.33977; 103.14483Koordinat: 5°20′23″N 103°08′41″E / 5.33977°N 103.14483°E / 5.33977; 103.14483
Menyeberangi Sungai Terengganu
Lokasi Kuala Terengganu
Dibuka 2-17 Jun 2019 (tempoh percubaan)
1 Ogos 2019 (dibuka secara tidak rasmi)[5]
Bilangan lorong Empat
Kos pembinaan RM248 juta[4]
Dirasmikan 14 September 2022[6]
Membawa Kenderaan bermotor, Pejalan kaki
Reka bentuk Jambatan imbang

Rujukan

WikiPedia: Jambatan Angkat Kuala Terengganu http://www.zelan.com/our-business/engineering-cons... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Jamba... https://alhijrahnews.com/2019/07/31/jambatan-angka... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/31... https://pbs.twimg.com/media/D75D_GrUIAEiOWW.jpg https://www.twipu.com/bernamadotcom/tweet/11344200... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/460372/...